Friday, 5 October 2012

vanila coklat

Betol lama aku ngadap lappy nie...serba serabut..dan malam nie jugak Allah tunjuk dekat aku dia tak izin..kenapa ya Allah..aku xnampak apa yang Kau susun untuk aku..aku manusia biasa..huhu

So,untuk aku divert perhatian aku,jadi aku pilih tajuk entry nie setelah sekian lama duk merangka-rangka dalam kepala nak cita pasal niee..


Errkk ada apa dengan vanila coklat yee..hurmm..basically aku peminat perasa vanilla dan suka mkn coklat..maksud kat cnie same but its difference..paham ke?? aku suka PERASA vanila...tapi tak gemar perasa coklat...tapi suka coklat bar..cadbuary for example...

vanila yg satu nie sensitivitinya terhadap perasaan orang or environment aku bley cakap well done,babeh..!!but si coklat nie pulak kureng cket peka..mungkin environent dia banyak bermain dengan sumthink yang tak hidup,mesin,wire and bla..blaa..bla..but for vanila its opposite things to her..
i'll give example la ek..coklat likes to compared vanila with other people who are more osem in dakwah tarbiyyah..dan vanila sangat tak menyukai dirinya dibandingi oleh sapa-sapa..
and for vanila,disebabkan dia sangat sensitif bab nie jadi dia tak membandingkan coklat dengan sapa-sapa agar coklat tak berasa hati walhal dia ada peluang untuk bandingkan..

kerana ukuran kita tak sama ^__^

Dalam dekapan ukhuwah,berilah nasehat pada saudara yang dianugerahi ilmu.Tetapi jangan membuatnya merasa berat dengan menuntutnya agar menjadi Zaid bin Tsabit yang menguasai Bahasa Ibrani dalam 14 hari...-Salim A.Fillah-

Si vanila i can sey this girl really out spoken if not try to stop her..tapi disebabkan  iman masih bersisa dalam dirinya..she's control very well also,but not all the time..For the coklat,this person very humble and try so hard in order to take care of people's feelings..and sumtimes dia yang sakit sorang-sorang..

Vanilla aku bulih kata kind of anti-sosial..haha..tak ramai kawan..tapi banyak rama-rama..keh2..dia yang pilih jalan nie..coklat plak disebabkan selalu menjaga hubungan,jadi dia ramai kawan sampai kadang-kadang kawan coklat akan jadi kawan vanila..

But they do share same problems..apa yg vanilla rasa coklat akan rasa for difference promlems and situation..vanila know very well what actually coklat feels when she got problems or sey sumthink which are not releven at all..haha...especially when coklat said, "aku okey jaa,aku tak laa rasa apa sgt"...erkkk tapi dalam hati vanila "yaa lah tu coklat,aku PAHAM SGT..!(nada sinis)hehe"

Also they shared Durian at the same time..erkk even vanila sangat tak suka buah durian..hehehe^^they both love him soo much..hehe

koff*koff**..the promblems is,coklat always got the same promblems..tambah-tambah bila nak kuaq p jalan-jalan..huhu..guest what??


i bet she already know whats the promlems i'v talking bout..hehe..gambaq hiasan only..'nothing to eat'??? erkk...tu mcm tipu sgt laa kan...setiap kali bersama,agenda vanila and coklat adalah makan...makan...makan..makan....but i'll tell u what,depa dua nie sgt-sgt teror dalam perkataan 'diet'..haha...koff**koff**...=.="
  dan sgt serius....hati-hati...ahahahaa..;DDD

ok bai..!

Sunday, 16 September 2012

Jodoh...jodoh sampai lembek..!By bro Hilal..



Dahulu, semasa saya memulakan kembara cinta. Saya sama seperti kebanyakan orang. Terperangkap dalam paradigma jodoh. Biasalah, semangat nak dapat jodoh yang baik, bercinta dengan cinta yang baik. Jadi, urusan jodoh ini sering berada dalam fikiran.
Sehingga satu tahap, saya usaha menjadi ala-ala malaikat dengan mengangkat statement seperti:
“Kita ini hanya menunggu jodoh yang Allah telah tuliskan untuk kita di lauh mahfudz sana.”
‘Menanti’, ‘Memendam’, dengan kepercayaan bahawa, nanti Allah bagi kita jodoh yang baik. Ya, begitulah yang saya percaya. Dan ketika waktu-waktu begini, sangatlah saya obses dengan mimpi-mimpi yang saya rasa, saya ulang, saya rasa menjadi isyarat kepada jodoh saya.
Hari ini, saya telah lama meninggalkan semua itu.
Saya melihat, perasaan sedemikian adalah penyakit.
Hingga Tidak Tentu Arah.
Apabila saya menjadi penulis dan mula menempa nama, maka Facebook saya sering diketuk dengan pelbagai persoalan mengenai cinta. Soalan paling popular adalah: “Bagaimana hendak mengetahui bahawa dia itu jodoh saya?” Begitu.
Ramai yang bercerita akan dia bermimpi sekian dan sekian. Terlihat wajah sekian dan sekian. Berlaku sekian dan sekian. Ada pula yang menceritakan tentang degupan jantungnya begini dan begitu, akalnya yang begini dan begitu, dan sebagainya. Ada pula yang cuba menjustifikasikan perasaannya dengan menyatakan kebetulan-kebetulan yang berlaku seperti asyik terserempak, bila diperiksa minat si fulan/fulanah itu sama dengan dirinya, dan sebagainya.
Kemudian mereka menceritakan bagaimana mereka tidak tenang, kerana asyik terfikirkan perkara ini. Bagaimana mereka takut untuk membuat keputusan yang ‘tidak direstui petanda-petanda’ ini. Lebih teruk, ada pula yang telah bertunang, telah mengikat janji hendak berkahwin, sudah berurusan dengan keluarga dan sebagainya, kemudian diserang ‘fikiran-fikiran sebegini’, hingga menjadi tidak tentu arah dan ragu-ragu dengan pilihannya.
Masa muda, habis disibukkan dengan perasaan-perasaan sebegini. Kemudian buat keputusan terburu-buru, kerana ‘dipandu’ kefahaman sebegini.
Mereka menamakannya dengan pelbagai nama.
‘Panggilan Tuhan’, ‘Petunjuk Tuhan’ dan pelbagai nama yang menunjukkan ketuhanan, untuk menyatakan inilah dia ‘hidayah, ilham’ daripadaNya.
Tetapi bagaimanakah petunjuk Tuhan itu boleh menjadikan seseorang tidak tenang dan fikiran seseorang bercelaru? Bagaimanakah Tuhan, memandu seseorang tanpa praktikal yang logik sedang hamba-hambaNya hidup di alam realiti?

Jodoh, Di TanganNya. Mereka Sendiri Kata.
Siapakah Jodoh Kita?
Sebenarnya satu soalan yang tidak mampu dijawab sesiapa.
Apakah dengan yang kita berkahwin, itu jodoh kita? Belum tentu. Ada orang berkahwin, cerai. Ada orang berkahwin, kemalangan, seorang mati dan seorang lagi hidup, lalu yang hidup kahwin pula dengan orang yang lain.
Jadi apakah mafhum ‘jodoh’? Ya. Terlalu abstrak. Tidak mampu diikat dengan apa-apa.
Maka bagaimanakah kita boleh menyibuk-nyibukkan diri berfikir akan perkara sebegini sehingga menganggu kehidupan kita?
Jodoh itu ditanganNya. Ayat ini, sering disalah guna, untuk melarang mereka yang ingin berusaha mencari jodoh yang baik buat diri mereka. Mereka ini akan sering dinasihatkan oleh sekumpulan manusia: “Tak payah usaha kuat sangat, jodoh itu di tangan Allah, Dia telah menetapkanNya.”
Apakah nasihat ini? Ya, jodoh itu di tangan Allah SWT. Justeru, kita tidak tahu. Tetapi Allah SWT telah memberikan kita petunjuk, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’ melalui firmanNya:
“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).” Surah Al-Baqarah ayat 221.
Jadi, memang kita tidak akan tahu ‘siapa’ jodoh kita. Tetapi kita tahu, ‘orang yang bagaimana sepatutnya kita ambil sebagai pasangan’. Maka bergeraklah. Cari. Risik. Selidik. Usaha dapatkan yang terbaik. Jelas Allah SWT sendiri mengisyaratkan kita untuk ‘mencari’. Lihatlah bagaimana Dia berfirman: “Dan janganlah kamu berkahwin dengan…”
                Bukankah itu tandanya, pilihan di tangan kita? Kalau semuanya telah diaturkan, ditetapkan, buat apa Allah SWT pesan agar kita jangan berkahwin dengan sekian-sekian jenis orang?
Maka, sepatutnya, kita bergerak mencari. Bukannya menanti petanda-petanda ajaib. Kita ini walikah sehingga kita dapat membezakan mana satu mimpi yang Allah berikan petunjuk, mana satu mimpi mainan syaitan? Kita ini walikah sehingga kita dapat menjangka dengan tepat kebetulan-kebetulan itu adalah tanda Allah nak si fulan/si fulanah itu jodoh kita? Bukan. Kita bukan wali!
Maka hendaklah kita berpijak di bumi yang nyata.
Bergerak secara praktikal!
Jodoh di tanganNya. Kita tidak tahu. Sebab itu kita berusaha!

Jangan Takut Selepas Berusaha.
Sebab itu, amat penting untuk kita meneliti semula kefahaman kita terhadap rumahtangga di dalam Islam. Tujuan berumahtangga. Ianya adalah untuk membina ummah. Bukannya untuk berseronok-seronok, sekadar hendak memenuhi kehendak nafsu dan hayat.
Bila kita memahami bahawa rumahtangga adalah untuk membina ummat, maka kita tidak akan serahkan perkara sebesar ini semata-mata kepada mimpi.
Bila kita telah berusaha, telah bersungguh-sungguh mencari ciri-ciri yang baik, yang sesuai untuk dijadikan isteri/suami kepada kita, maka percayalah dengan pilihan itu. Apa yang ada di tangan, usahakan. Sebab itu, perlu ada reason yang sangat kuat, kenapa kita pilih si dia untuk menjadi isteri/suami kita.
Sebab itu saya sarankan agar kita meneliti, menyelidik, usaha untuk at least kenal serba sedikit dengan orang yang ingin kita jadikan sebagai bakal pasangan kita dalam rumahtangga. Ada banyak cara yang syar’ie dalam hal ini. Tidak perlu mengorat, tidak perlu bercouple. Yang diperlukan adalah kesabaran dan keberanian.
Pergi kepada wakilnya, tanyakan perihalnya serba sedikit. Pergi kepada yang mengenalinya, tanya bagaimana dia. Perempuan pun sama, pergi selidik. Tanya sesiapa yang kenal dengannya. Kalau dia ada adik atau kakak perempuan, gunakan peluang itu sebaiknya. Kalau ada wakil lelaki dari pihak anda, minta agar wakil lelaki anda selidiki diri lelaki itu.
Yang penting, carilah sebab yang paling ampuh(semestinya sebab yang syara’ dan diredhai Allah) untuk menjadikan dia pasangan kita.
Bukan atas mimpi, bukan atas kebetulan-kebetulan.
Kemudian sibuk fikirkan itu adalah jodoh, jodoh, jodoh, sampai serabut kepala dan lembik peribadi. Syok sendiri.
Usaha, pilih, dan selepas pilih, istiqomahlah!
Usaha dah syara’, jalan pilih dan ciri-cirinya sudah menyenangkan jiwa kita, apa lagi mahu diragu-ragukan? Jalan terus. Usah pandang-pandang kiri dan kanan lagi.

Penutup: Buanglah Mainan Perasaan Ini. Cinta Adalah Serius!
Buanglah mainan perasaan seperti mimpi-mimpi dan kebetulan-kebetulan ini. Buanglah statement-statement malaikat seperti ‘Menanti Jodoh Yang Telah Ditetapkan’ dan sebagainya. Mana kita tahu?
Mari, saya ajak kepada yang lebih praktikal. Saya dahulu juga sibuk dengan benda-benda jodoh ini, tetapi selepas saya memahami betapa Allah SWT menganjurkan kita agar berusaha, dan betapa saya memahami Islam ini adalah praktikal, maka saya telah meninggalkan semua kelembikan ini.
Islam itu berdiri di atas perkara yang solid. Bukan rasa-rasa, dan perkara selemah mimpi!
Bukannya saya melarang perkara seperti istikharah. Namun meletakkan semua ke atas perkara yang kita sendiri tidak pasti, samalah seperti kita menguruskan urusan Tuhan. Allah sendiri suruh kita usaha, sudah Dia berikan ciri-ciri yang Dia suka, maka apa lagi? Usahakanlah!
Isu Istikharah juga hangat. Banyak salah faham di dalamnya. Sangka orang, istikharah, maka jika selepas itu mimpi, itulah jawapannya. Jika selepas itu nampak ‘tanda’, itulah jawapannya. Sedangkan, perkara yang sebenar bukan semudah itu!
Saya akan terangkan perihal istikharah secara khusus dalam lembaran yang lain.
Yangpenting, buanglah permainan perasaan ini.
Jangan jadi nujum jodoh.
Pandanglah dengan mata realiti. Bukan mata majazi.
Usalah dengan apa yang telah Tuhan beri, bukan fikirkan apa yang Tuhan akan beri.
Ketepikan kelembikan atas perihal jodoh, jodoh, jodoh ini!

Saturday, 1 September 2012

my stuff part 4

salam..salam..salam..:)


Disebabkan keja 12 jam as a pilot study for our batch ...ada satu masa x bapa bz..so gheja aku amek gambaq laa kann..hehe....and edit..edit..hehe...sampai kawan2 aku pon pelik kenapa aku asyik edit dengan benda alah nie jaa...sebab depa suka amek gambaq2 depa aku plak x suka amek gmbaq aku..huhu...x menarik pon gambaq aku ni....


Bawah ni actually gambar patient aku lukis untuk aku..umur dia 9 tahun...jantung dia terbalik dari kita yang manusia biasa..so badan dia tak dapat supply oksigen yang cukup..ths patient looks bluish..really...and day after dia lukis gambar nie,dia menjalani major op untuk memperbaiki jantung dia yang problem tu..insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar..;)..juz pray to Allah ye mydear..sebab Allah yang datangkan sakit tu..dan Dia jugak yang pulihkan segala penyakit..trust Him...! everything comes from Him...prayy.. 


ceyy kononnya amek gmbaq nie untuk post sebagai siput kenit laa..hehe..so,cute..i juz like this pic soooo muchh......!!muax..muax..!


tak da apa sangat pon nak update dalam entry kali niee..huhu..juz nak penuhkan almari khazanah aku jaa..huhu..anyway,sad story is aku tak p convo pon dengan niat sengaja..huhu...its juz i really need a good reason y should i go to my convo even from the bottom of my heart tell me to go....??to take certificate as a excellent student from LJM also not a very strong reason for me...
erkk,nak jugak bunga teddy bear tuu and pakai jubah...taaaapiiiii......aku pon xtawww.........there is sumthink bothering me inside...huhu

Thursday, 23 August 2012

EID 2012 ii

Salam ;)
eheeee..macam mana sambutan kemenangan Ramadhan lepasss??osemm x??erkk..apa yg aku rasaa biar lah  rahsiaa.and alhamdulillah dalam kesibukan yang melanda Allah izin jugak aku beriktikaf di macam-macam masjid..besttt..;)
Aidilfitri...alhamdulillah best jugak..besa lah semua berjalan seperti tahun-tahun yang sebelom nyaa....
Ini lahh family aku...eheeee...tomeyyy tak...^^

 Nie nak jugak kita buh butang baju raya...xpaaa..layan kan jaaa..hehe...:)..eheemm..actually aku suka post niee..hehe
nie ipan mak cik eheeee..muka sangat marah bila org amek gambaq diaa..

Setelah sekian lama aku mengidam nak buat nasi goreng akhirnyaa aku buat jugak disebabkan aku makan kuih raya banyak sangat sampai tak lalu nak makan nasik dekat rumah-rumah lain...jadi bilaa mai time petang ckett terasa bahang lapaq....@__@
Maaf laa selfish kali nie,nasi goreng nie memang khas untuk aku jaa...so,tahap kepedasan memang maxima sampai nek atas kepala..tak dak belas kasihan..bagi kat aku sorang pon memang abiss..elok sangat badan pon makin tembam..!!kesian syamil mkn dalam keadaan yang tensyen...;P
tadaaaaa~~~ nasi goreng anak dara..!!sebab xdak sayur..Pluss buh sosej dengan teluq jaa..keh..keh
And 2nd day alhamdulillah dapat jumpak kawan-kawan soksek..eheee...dapat jmpak jugak harisah yg setahun sekali balek..so aku amek kesempatan oder kain sari nak buat jubah...cewahhh...banyak lagi actually gambaq..tp malass nakkk upload...gemok...!!!pssstt..:P..
Program diet bermula lepaih posa..erkkk,macam tak bapa nak relevan plak??=.=".patotnya masa posa nuh..

Cik Fasihah yang mencari-cari,welkem to da club...Semoga Allah permudahkan urusan anda..Terasa kemanisan dalam berukhuwah dan semoga ukhuwah ini terus kekal sampai ke syurga..~~aminnn

Monday, 20 August 2012

buku

Salam ;)
erkk..i would like to suggest to read this book..its very good to read and food for your soul also..hehe..have a try first..and next aku berharap akan beli buku 'Saksikan bahawa aku seorang Muslim'..hosemmmm..!Penulisan dari org sastera Indon nie bg impact lebih cket...dan berkisar tentang kehidupan sahabat-sahabat rasulullah..kadang-kadang tachingnya sampai mengalir air mata...(eheee,maaf laa aku nie asyik tachingg jaa..)Penulisan Salim A Fillah novel real yang dipetik serba sedikit dari zaman-zaman rasullulah...
aku taip sikit ek penulisan apa yang tertarik di hati aku..:-

"karena saat ikatan melemah,saat keakraban kita merapuh,
saat salam terasa menyakitkan,
saat kebersamaan serasa siksaan saat pemberian bagai bara api,
saat kebaikan justru melukai aku tahu,
yang rombeng bukan ukhuwah kita hanya iman-iman kita yang sedang sakit,atau mengerdilkan mungkin dua-duanya,
mungkin dua-duannya,mungkin kau saja tentu terlebih sering,imankulah yang compang-camping"

tapi maaf ya awak,sy tak dapat nak habiskan buku yang awak bagi dekat sy ni..heee...mengganggu emosi sy..so sy post pone dulu ye buku nie sampai iman sy dah stabil..jazakillah khair awak...May Allah bless you..!Its a nice book..and very nice..!buku nie berkisar erkk y we should menikah early..hehe...and state tentang hadis-hadis rasulullah pasal menikah...rasa dekat dengan rasulullah..InsyaAllah..:)..hah awak,also got buku 'Di jalan dakwah ini aku menikah'..best jugak sebab niat nak kawen untuk berdakwah..xpaa,hal perkahwinan nie we should prepare early...even En.Hilal tu pon buat preparation since form 4..pergghhh,gilaa awal...aku baru nak start????! =.="
 ada poem yang best pasal rindu dalam buku nie..tapi kan aku tak bawak balik buku nie..huhu ;)

Saturday, 30 June 2012

D.O.A

awak..!awak..dannn Awak ,ada dalam doa sy ..=) ..kuatkan semangat dan terus berdoa pada Allahswt...

"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya,dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu sbg khalifah(pemimpin) di bumi?....."[An-Naml:62]