Friday, 25 November 2011

Believing Men and Women


Man prays to live a bouyant LIFE.

So as to get a better WIFE.



Man prays for Pathfinder this YEAR.
Hummer in the subsequent YEAR.



Man wishes to have SHELTER.
For things to be BETTER.



He cares not for the SOURCE.
Not knowing he's in LOSS.



He forgets the D-Day.
That is the judgement Day.



The day with no AMENDMENT.
But for recompense & JUDGEMENT.



People lack the proper UNDERSTANDING.
About the day of STANDING.



It is a Day of RECOMPENSE.
Verily, this will come into EXISTENCE;



Answering QUESTIONS.
With no EXEMPTIONS.



Standing for HOURS.
Because the questions are OURS.



Not a single ACTION.
But with DOCUMENTATION.



By ALLAH, The Day is NEAR.
Verily, the signs are HEAR.



Think about it FATHERS
Chew over it BROTHERS.



Ponder over this MOTHERS.
Mull over this SISTERS.



I got this QUESTION.
Please answer with no HESITATION.



Does it sound WELL?
The name HELL!



The answer is No
I want you to KNOW.



That this is a reminder for both sides.


In order to be on the safer side.

Sunday, 20 November 2011

anggun..!


Awak cantik sangat, subahanallah!

Jadi tutuplah aurat awak.

Supaya kecantikan awak,

hanya ALLAH dan dan orang yang halal

sahaja dapat melihatnya..

Suara awak merdu sangat, subahanallah!

Jadi berhentilah nyanyian awak.

Dan mulalah buka Kitab ALLAH

untuk mendengar alunanNYA.

Tubuh awak anggun sangat, subahanallah!

Jadi labuhkanlah pakaian awak

untuk menjauhi mata-mata syaitan

yang memandangnya.

Awak teman yang baik sekali, subahanallah!

Dan saya sayangkan awak.

Kerana ALLAH.

Oleh itu, saya berikan sekeping nasihat ini

supaya kita dapat berjumpa lagi

insyaALLAH di syurga nanti.
Alhamdulillah, terima kasih awak,
Semoga Allah swt sahaja yang mampu membalasnya

Tuesday, 15 November 2011

bidadari..~

Impian untuk menjadi bidadari..huhu..~
sedang cuba untuk memperbaiki diri....(under reconstruction) 



Tertutup itulah cantik.
 Barang-barang cantikkan terjaga. 
Yang melihat hanya yang layak sahaja.

Monday, 14 November 2011

baca

Perkataan baca suddenly terhempap kat kepala aku..y ahh??hurmm actually katanya nak berubah  berhijrah.tp xnak membaca..still ckp x minat nak baca2 nie..erkkkk!!ego dengan diri sendiri ka??bukan rugi pon membaca, x salah kalau guna nikmat pacaindera mata kita dengan membaca and guna nikmat akal dengan berfikir....
berkorban la cket..ambil laa penghayatan semperna raya haji last week..pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...kita just berkorban luangkan masa untuk beriman sejenak..!!jommmm laa...~

 Katakanlah,”Dialah yg mnciptakan kamu dan menjadikan pendengaran,penglihatan dan hati nurani  bg kamu.(tetapi)sedikit sekali kamu bersyukur..al-mulk:23

bkn ka Allah nak pesan..
 Bacalah dengan (menyebut)nama Tuhanmu yg menciptakan.Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia.Yang Memgajar (manusia) dengan pena.Dia mengajar manusia apa yg tidak diketahuinya..96:1-5

then mcm mna nak berubah klu x membaca kan..mungkin boleh.tp susah cket laa..nak mencari kefahaman or penghayatan,sesuatu benda tu kan kna baca..tp x thu laa..fisiologi stiap org berbeza..huhu..

my bad actually mungkin aku just mengharap org berubah,tp x tolong berdoa untuk depa dengan  bersungguh-sungguh..mengharap ja lebih..T_T

then aku rasa sgt laa manusia yg takbur sebab kurang berdoa,tp banyak berharap..huhu..sama seperti kes Nabi Zakaria..huhu..last saturday jumpa dengan sister Isma..huhu..dia ckp bila sampai kita dah x bngun tahajud tu,Allah mungkin marah or x nak pon tengok muka kita..mybe ada la dosa2 yg kita dah buat..better check balik..sebab tu la kita x dapat bangun..*teeeettt*    !!tersentuh aku dengan ayat tu...


tp ingat pintu taubat sentiada terbuka..org ckap kalau buat dosa waktu malam.waktu Dhuha ada lg..bila buat dosa waktu siang,waktu tahajud ada lg...cam tuuu laa lbh kuranggg...
Allah kan Maha Penyayang dan Pengampun...

Sunday, 13 November 2011

hurmm da lama x update blog..grrr.. *.^  garu kpala naik taippp pon..
Dis morning mcm buat aku gelong semula..mungkin Allah nak uji kekuatan aku sendiri..tp alhamdulillah boleyyy jaaa...nasib baikk laa aku x buat benda2 bodoh...

so aku amik kesempatan weekends nie dgn jalan2 dgn senior..hah!!satu lg benda yg buat aku streess...tp aku lebih rela stress yg ini dari yg 'itu'..hehe..streess x dak duit..rlx laa!!rezeki masing2..(errrr x bwk tafsir,nak put on some love notes )..huhu..but still aku boleh laa survive..keh2..stress ini aku rasakan Allah nak suruh aku lupakan sebentar stress 'itu'..go..!go..fightingggg~

and..and..aku kena terusskan usaha untuk menjadi rama-rama..lambat cket..tp still kena berusaha..!!chayookkk Syue..!!

lgpon last week aku g melawat akak angkat kat mrsm alor gajah..wahhh!!jumpa adik2 yg sgt cute..depa teror  membaca al-mathurat tanpa buku..hehe..terkial-kial aku membaca sambil malu-malu siput kenit..!!!xpa,kena blajar laa kann...semoga Allah berkati usaha aku insyaAllah~



and tanx to Allah masih lg memberi keimanan yg teguh...

Tuesday, 25 October 2011

love note

Recently aku pon xsure knapa aku down sgt..huhu..terasa sakit memikirkan soal itu..itu??kecil hati...Memang 5 taun hidup bersama suka and duka..tp aku kena faham,mungkin disebabkan perubahan ini..Jadinya ada pihak2 merasakan tidak layak..btoi kah??kot...assume..keh2..xpa..ikatan tetap utuh kot..insyaAllah..


sakit lagi..!bila fikir tentang itu..itu??haha...itu lain..tp tetap kena kuat..aku mungkin berada di sempadan negara Jahiliah dgn negara Nur...tp dah bermastautin scara tetap di negara Nur...hehe..alhamdulillah..sekali-sekali terasa angin2 jahiliah duk melambai..aku sambut dengan senyuman tp sakit kat dalam..huhu..x ingin pon nak kembali ke sana semula...!!..Tapi dalam tengah2 Jahiliah tu ada satu bnda aku harap keluar masuk ikot aku..taaaapiiii...Allahswt lebih Mengetahui...

diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu,Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui [2:216]

benda2 nie semua buat aku hesitate nak stay kat cnie..kdg-kdg rasa mcm orait gak duk kat midline between Nur and Jahiliah...huhu..kann..duk rasa x yah laa tunjuk baik sgt kan..just buat besa2..besa2 yg still buat benda2 Jahiliah cket...boleh ka..??nope..!x boleh..!setan seronok duk bisik kat aku..

wahai manusia!sungguh, janji Allah itu benar,maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (setan) yg pandai menipu,memperdayakan kamu ttg Allah.[35:5]

aku sendiri yg buat pilihan nak duniawi atau kejar uhkrawi...bukan x boleh enjoy,enjoy pon ada tahap yg Allah dah bg..jgn laa over..ikot skema Allah..and Allah bukan jadikan makhluk2 dalam dunia nie saja2..semua utk beribadat dekat Dia..apa2 pon Allah dah pesan...

brg siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi),maka Kami segerakan bgnya di (dunia) ini apa yg Kami kehendaki.Kemudian Kami sediakan (di akhirat) neraka Jahanam; dia memasukinya dlm keadaan tercela dan terusir [17:18]

gerun dengar ayat tu..jadinyanya aku kena move on ke hadapan leerr..lgpon bukan semua manusia Allah nak buka pintu hati kan..Allahswt yg pegang hati2 itu..and rugi la klu aku x grab btoi2..huhu..aku suka ayat nie..

sungguh,engkau (muhammad) tidak memberi petunjuk kpd org yg engkau kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kpd org yg Dia kehendaki,dan Dia lebih mengetahui org2 yg mahu menerima petunjuk [28:56]

and Allah dah bg taw,klu ikot Dia konfem untung..juz ikot jaa apa yang Allah suruh..mudah kan..tp tu laa klu dah banyak benda Jahiliah lekat dlm hati...tepu nak buat keluar..tp kena usaha ke arah keluarkan laa kan..sakit pon sakit..haha..tu laa org ckp 'dun start the fire'...!!

Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. (At-Talaq, 65: 2-3)

susah ka senang seek for Him kan..tu yg lebih baik dari terus2 berkubang dengan dosa..huhu..Dia sgt2 laa sweet sebab buka pintu hati org macam aku...aku banyak buat dosa..T.T..Thankz Allah..!..insan terpilih...*ngeee..*

kemudian,sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yg mengerjakan kesalahan kerana kejahilannya,kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya),sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nahl:119)



Banyak lg yg bley aku tulis actually,tp suddenly mcm blur..huhu..

Tuesday, 11 October 2011

sihat sebelum sakit

Since aku prctikal kat Teluk Intan macam patient aku jumpa and alami berbeza penyakit...sangat2 seksa aku tengok keadaan pesakit2 tu..tambah2 pula umo da tua kan..

Gambar hiasan..

Tetiba aku terbayang diri aku suatu hari nanti bila tua and sakit..Bayangkan laaa, aku tengok pesakit asthma,or pesakit yg melibatkan masalah salur pernafasan...Penat sgt!!...nak bangun pon susah..sekali bangun kena rest sekejap sebab penat sangat...and tido pon kena 90degree sebab x boleh baring..makan pon x lalu..huhu

Then pesakit yg lumpuh satu badan,dengan kena pakai lampinnya..and kena kerap tukar..!kena keep positioning sebab nak galakkan aliran darah..have u imagine ?? tu x kira bau lagi kan??..ok 4 me,aku boleh buat semua tu sebab tugas and tanggungjawab aku..i'll get use of it..

Once dah sakit and masok hospital macam2 prosedure invansive nak doktor buat..Ya lah to rule out masalah pesakit..sakit and seksaaaa taw...xnakkk..!!

Tapi boleh ka suatu hari nanti org sekeliling aku jaga aku  dengan penuh kasih sayang tanpa rasa beban??
hurmm...kalau mula2 sakit and cuci najis and jugak jaga makan pakai tu kita boleh laaa tahan,tp untuk jangka masa yg lama how??boleh ka??

Ada aku tengok satu patient tu nazak teruk sangat disebabkan cancer larynx..dengan airway obstructionnya.. dengan lehernya klu gargle sure2 keluar magot (ulat)...Waaaaa!!takotttnyaaa......!!..makan pon kna guna tube..macam mana laa aku nak hadapi kalau aku di tempat macam tu??sentuh sikit untuk tukar lampin pon pesakit dah sakit..nak bercakap tak bersuara..!

And..and kalau pula dapat org sekeliling aku yg acuh tak acuh jaga aku..buat kerja nak bebaii jaa,,perghhh!!aku nak mati dalam keadaan iman and x menyusahkan sapa2..huhu..InysaAllah.
xthu spa yg bakal diuji samada pesakit tu sendiri atau org disekeliling yg diuji..huhu

5 sebelum 5..
nikmat sihat sebelum sakit..huhu..so,guna masa nikmat yg sihat nie terbaik..depend la kepada individu terbaik yg mcm mana boleh dilakukan..samada untuk bersama dengan Allahswt atau sebaliknya kan...

Tuesday, 27 September 2011

sabar

Seminggu sebelum prctikal memang sgt bz exam,rolled played trauma..
Rolley played trauma nie nak menguji student tentang kefahaman student tentang perawatan kecemasan..
Apa jenis treatment utama yang harus diberikan kepada pesakit di tempat kejadian..Plus,keadaan pesakit yang macam mana harus kami letakkan priority untuk pesakit...Apa2 pon ingat ABCDE..

Rolled played sgt2 menguji keimanan aku..Ya lah,group projek!bukan semua umat nak bg kerjasamakan..untuk aku,aku dah cuba buat yang terbaik untuk projek nie supaya cary mark aku untuk gpa naik..so,aku ignore ja umat2 yang xnak bg kerjasama tu..ada yang sembang,main hp,baca paper...wow!

lakonan oleh stdent and dianalisa oleh lecterur..

Segala treatment aku cari together wif umat yang berusaha yg terbaik untuk projek nie..macam ragam2..!!perghhhh pening kepala nak handle...
Dan sehari sebelum persembahan kami,baru laa timbul macam bunyi dari umat2 yang sebelum nia hanya diam...da last minit baru nak cakap,and klu ckap scara baik aku ok ja...nie cakap belakang(kutuk) grrrrr...marah aku dah naik tahap gila..!cakap aku da x ingat Allah..Astagfirullahhalazim..;(((

    "(yaitu) orang yg berinfak,baik di waktu lapang maupun sempit,dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan)org lain.Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan,"[3:134]

Lega cket baca ayat nie..fuh!..tanx  Lil Edina..;))

Then suddenly aku teringat kata2 Dr.Munhaya

       Rumah - akidah
             tiang rumah - ibadat
         kunci - tasawwuf

Jadinya bila aku marah-marah and bising2 macam tu,nampak sgt 'qalb' aku ada something wrong..bila hati yang tenang macam mana keadaan pon sure tenang..huhu..jadinya aku still xda kunci umah aku..x bleh nak masok..bukan disebabkan perkara nie ja aku rasa aku x da kunci..actually banyak lg keadaan yang aku rasakan aku still xdpt kunci tu..klu Syam kamikaze dulunya seorang yang pemarah and setelah dapat hidayah Allahswt,gitar kesayangan dia jatuh dia boleh ckap "dah nak jatuh...nak buat mcm mana kan.."..
Aku x ketahap tu lg...

huhu..bila ingat balik,Allah tengok usaha bukan natijah...hehe..buat aku ok balik..!

                     'dan akibat yang baik hanyalah untuk yang bertakwa" 
[Toha: 20:132]

Friday, 9 September 2011

EID..!!..^^..2011...

hurmm..suppose i talk bout kemenangan aku dpt 4 my Ramadhan dis year compare EID..tp raya taun nie sgt special..Tanx 2 Allah..^^..aku agak puas hati Ramadhan taun nie..yg lebih penting istiqamah..!!

Balik untuk cuti raya..my paren can see my changes..hehe..kak aku dgr perbualan my paren..aku x dak,hurm xpasti aku pegi mana..shopping kat jusco utk raya..**..hehe..
perbualan tu lebih kurang mcm nie la yg my sis story..

     mak : bang,awat anak-anak2 kita x dak spa-sapa lg..anak-anak org len semua dah ada yg punya..
     ayah : x paa laaa...i tengok depa dah berubah..banyak dah baca buku-buku agama..
              (ada jodoh x kemana..aku tambah jaaa..x sure..sbb  aku x dgr..;)))

conversation kat atas tu actually more tu kat kak aku i think..tp yg aku nak highlight tu apa yg ayah aku ckp..hehe...

Balik nie pon,aku n ayah aku banyak talk bout Islam..the beauty of Islam..hehe..ramai Islam,tp x dpt keindahan Islam yg sebenar..rugi kan...alpa...T_T..bounding tu become more stronger balik nie..syokkk nya keindahan Allah kurnia nie..

ayah,mak and kak..hehe


with kakak yg disayangi..!


  Then,ptg pulak kawan-kawan sekolah rendah call and nak gather dekat umah sir hairizan...x sia-sia aku mimpi sir..hehe...seronok setelah sekian lama x jmpa then dapat kembali bertemu kan...ikatan persahabatan masih lagi utuh..alhamdulillah..;))..and sorg kawan aku dah berhijrah ke jalan Allah..cute dia berbaju muslimah yg proper..and aku masih menyusun langkah itu...^^..

dalam perjalanan balik,x aku sangka sorg kawan aku actually berada dlm kegelapan kekecewaan..menyalahkan qada` dan qodar terhadap masalah nya..jadi setelah ditarbiyyahkan dengan izin Allah..Alhamdulillah dia nampak jalan yg Dia sedia kan...cumanya usaha kena ada..^^..bersyukur aku sepanjang perjalanan pulang di isi dengan sesuatu yg berfaedah...


Then,the 3rd day of aidilfitri ke umah tini plak kat Sg Ara..best..!!besa laa jumpa dengan kawan sekolah men yg life kami bersama-sama 5 tahun..and tahun-tahun yg lama itu sgt bermakna untuk aku..they are very special..
and perjalanan aku juga terisi dengan sesuatu yg bermanfaat..baitul muslim..hehe..kelakar..!tp itu yg dibncangkan secara serius..sgt menarik hati aku...mencari rusuk untuk keredhaanNya...;))..even this is not the time yet,tp kena pikir jugak kan...berfikir juga untuk membentuk akidah yg mulia..wink*wink*..



kat umah Emma..

kat umah terbuka Tini..!**

The next day plak with the same members pegi umah harisah plak..harisah nak meninggalkan bumi Malaysia ke India nak wat medic...staill x??hehe..turut berbangga mempunyai kwn macam tu...jadinya EID tahun nie sgt2 bermakna untuk aku..hehe..bkn mudah Allah nak hadiah kan pertemuan yg sgt bermakna nie..taun depan aidilfitri aku dah mula keja..so keindahan nya mungkin berbeza..hehe..

rama-rama cantik...uhibbukifillah...

berdoa kami-kami menjadi rama-rama cantik..insyaAllah....~

Sunday, 21 August 2011

kesefahaman..


Baru-baru nie senior aku ada la suggest kat aku sorng laki..Aduh!!..ayat melawak aku dia amik serius plak..so,aku layankan jaa laaa..xnak laa nmpak kerek sgt kan..Lepas senior aku story kat aku about that guy..aku pegi solat zhur then baca love letter..

Senior aku pulak baca yasin sebelah aku..She`s cried..!Lepas aku settle baca love letter aku Tanya la,  knpa suddenly she cried..Hurm..!Dia teringat balik cerita puppy love between her and ex-him nyaa..Lama dia cerita psal hal dia..Yee,we are in the same boat..!!hehe..so I understand..

Then,my turn pulak buka mulut..aku ckp kat senior aku mukadimah apa yg dia nak dgr dari mulut aku mungkin agak kerek untuk sesetengah org,but not people like me..

Aku bg taw dia yg mungkin ex senior aku tu bukan jodoh dia..hehe..(ayat common)..so aku cita pasal percintaan Saidina Ali dan Fatimah..Berbekalkan mas kawin hanya baju besi and hidup sebatang kara ja Saidina Ali bersama Fatimah tu..Boleh pulak pasangan itu hidup bahagia..Kenapa??????????
Saidina Ali bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak tercinta..Kadang2 hanya keringat peluh sahaja Saidina Ali bawa pulang..Ada Fatimah bising2..???Ada Fatimah merungut..???Kita kalau dah penat mula nak naik marah,tapi ada Saidina Ali marah2?????Ada sekali itu rasulullah menangis melihat kesusahan Fatimah di balik pintu..Hurmm,x pula Fatimah merungut kat kekasih Allah,rasulullah itu untuk melimpahkan rezeki yg murah…

Dulu aku pernah kata,duit sangat2 diperlukan dalam kehidupan walaupun aku tahu hakikatnya duit x boleh beli kebahagian..tp cer pikir balik,bila duit atau ekonomi x stabil semua akan menjadi punca keretakan rumah tangga atau sesuatu hubungan…..Tetapi kenapa hubungan Saidina Ali dengan Fatimah bahagia even ekonomi mereka sabgat2 x stabil???...Kenapa perlu diperkatakan arus peredaran zaman tidak realistic untuk kaitan dengan hubungan pasangan bahagia itu??we are talking about economic problems…hehe..sma jaaa..Cuma bezanya zaman tu menunggang unta and sekarang boleh nek bas..

Actually yg menjadi asas kekukuhan dalam perhubungan adalah ilmu keagamaan,Islam  yang membentuk akidah itu sendiri…Ya,pasangan bahagia di atas bahagia kerana keduanya berusaha mencari keredaan-Nya..carilah pasangan yang sentiasa berusaha mencari keredaanya..Nescaya bahagia lah kita mcm pasangan Saidina Ali dan Fatimah…jom..!!Jadi x la berlaku kes curang,bosan,x memahami  dan sebagainya…
Jadi aku menasihati  senior aku dan diri sendri,untuk mencari pasangan carilah pasangan yg sama2 mencari keredaan-Nya…dan Allah telah berjanji dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 26..laki2 yg baik untuk pmpn yg baik and begitulah sebaliknya…

Aku x pandai pon bab rumah tangga atau sebagainya,tp aku jus nak kongsi apa yg aku dapat setelah aku baca kisah Saidina Ali dan Fatimah..

Sunday, 14 August 2011

wanita..

9 nafsu wanita..
bley jadi racun,bley jadi penawar..
mudah memaafkan,tp sukar melupakan...
mudah melenting,tp lembut hati..
kuat merajuk,sbb mnja..haha..
yg penting tinggi dgn kasih syg....
sbb tu la 1 nafsu laki vs 9 nafsu wanita pon kdg2 kalah jgak...



Lumrah seorang wanita suka melenting atau melatah,because they full of emotion..But sometimes people dont understand..Kenapa aku bangkitkan isu ni??Actually aku risau dengan status aku sebagai wanita..Aku merasakan peribadi aku sebagai wanita sangat teruk..

And sekarang aku tak la rasa teruk sangat sikap aku nie,the things is aku bersyukur sebab aku cuba untuk berbalik kepada akhlak seorang muslimah yang dah Islam anjurkan..Tapi biasalah sebagai manusia yang kerdil selalu saja tersasar..

Hurmm...isteri rasullulah sendiri, Hafsah dan Zainab binti Jahsyi pernah mengherdik dan menghina isteri rasulullah dari keturunan Yahudi,Safiyyah binti Huyyan..Melalui pembacaan aku,Hafsah binti Umar pernah bercerai atas kesilapan Hafsah menceritakan kepada Aisyah tentang rasulullah..Dan dirujuk kembali oleh rasulullah setelah Hafsah bertaubat..Hafsah juga mendapat amanat untuk menyimpan naskah Al-Quran yang asli..

Kat sini aku bukan nak highlight keburukan Hafsah atau Zainab,tetapi isteri rasullulah sendiri tersasar kadang-kadang,dan mujurlah kekasih Allahswt itu dapat membimbing isteri-isterinya dengan baik..

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas.Jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya,jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok.Oleh itu,terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik" -Hadis riwayat Bukhari

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allahswt,kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allahswt.







Wednesday, 10 August 2011

Disaster

Hari ni first day aku belajar subjek baru..Trauma..best!Lecturer  bincang la kes-kes yang melibatkan kes kecemasan like bencana alam,Tsunami,earth quake and bla,bla,bla..


Then she ask “keadaan disaster yang macam mana yang akan melibatkan whole Malaysia..?”

Student jawab la banjir..hahha,banjir mana melibatkan satu Malaysia pon kan kalau banjir..Nuclear??Malaysia mana ada nuclear pon,even terdengar perancangan pembinaan nuclear di Pahang…Adoiii..!!

Jawapnya adalah ‘perang’..Hurmm..scared..!Things will be happened jugak nanti..Cumanya tak tahu bila..



Lecterur Tanya lagi, “apa yang akan kena block bila peperangan mula dilancarkan..?”
Student jawab jalanraya,pusat-pusat tentera,hospital….Hehe..Semua jawapan salah..
The answer is telecommunication…So,all things that is involved in communication  will be cut off..Perhubungan antara satu media ke satu media tak dapat dihubungi dan perancangan seterusnya tak dapat dijalankan secara bekerjasama.Then second things that will be block is electricity..We will be in the dark,so we cannot proceed our routine life…Darurat..!!

Tahu tak kenapa Singapore and China jalanrayanya  tidak mempunyai hiasan bunga-bunga macam di Malaysia??Pejalan kaki tak boleh nak lintas jalan taw…Jalanrayanya sangat luas..Untuk oneway saja ada 4 lane..jadi untuk menuju opposite site jugak should have 4 lane jgak la kan…Total 8 lane
Hah itu lah strategi perang..Sekiranya perang berlaku jalanraya akan ditutup just for their plane..

Jalanraya di Singapore..!

Bayangkan flight Malaysia nak landing dekat mana kalau emergency….???
Bayangkan kaum-kaum wanita akan jadi 'comfort women'...Grrrr nak kaa??

Renungkan sedikit ayat nie..
"sudah merasa amankah kamu,bahawa Dia yg di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia terguncang??.."[al-Mulk:16]

Friday, 5 August 2011





















Alhamdulillah dah habis final sem 5..then suddenly remind me of this bouque..hehe..sweet..but actually i really don`t deserved this flower..kan best if hati aku seindah mcm bunga tu..aku macam nak lari dari dunia nyata..heee...

Tadi,aku tak tahu apasal dengan aku..rasa panas satu badan (marah)..so aku banyak2 istigfar kat Allahswt..berjihat pada bulan yang mulia..hehe..semalam pon mcm tu jgak..but i choose to be silent..thats the best..Allahswt ada dekat sgt2 dengan aku,kenapa msti marah kan..syaitan x dak pon nak ganggu aku..its me myself..huhu..mybe because of hormonal changes..!!tp rasanya itu x menjadi alasan..marah tu boleh dikawal kan..

Actually banyak benda nak cita nak semadikan dalam blog nie,but malas..haha..
Nak jugak aku cita macam mana conversation aku dengan penganut agamaa Kristian setelah baca buku Ahmad Deedat 'The Choice'..So,klu nak baca buku 'The Choice' ni kena tahu isi kandungan bibble dulu..baru bley faham apa yg Ahmad Deedat nak sampaikan..Nanti lah entry sekali lagi aku isi..
And plus nak jugak aku kongsi pengalaman aku bg tazkirah ringkas pada kawan-kawan aku,bukan nak bangga or what..tp dulu aku pernah la merungut (my bad) tempat nak kongsi xdak apa yang aku tahu..tp dengan izin Allahswt,Dia bagi aku chance kongsi..adoii sweettt nyaaa..

Aku berjaya jugak tarik kawan aku yg sorang nie bangun ke jalan Allahswt..aku buat sikit ja tp Allahswt yang actually sedarkan dia..the things is,aku harap sangat-sangat dia beristiqomah apa yang dia nak capai sekarang..so,do i..hehe..

Hari ni jugak aku mcm seolah-oleh kena penampaq dengan lecturer,mna tak nya aku sebagai ketua rumah sepatutnya ambil tahu pasal kawan aku nie yang balik rumah tanpa kebenaran kolej..so aku tak jalankan sebagai ketua yang baik..sedih!!..aku tak reti nak layan kawan-kawan macam budakbudak,semua dah dewasa..they should know yang mana baik and yang mana salah..

Then aku terfikir,macam mana nak jadi seorang ibu yang berjaya kalau sekarang aku diberi peluang menjadi pemmimpin pon tak bley pakai..adoii..!! Bukan la aku gedix sangat nak kawin,sebab aku baru ja dengar Wardina Safiyah bagi talk macam mana nak didik anak-anak dalam penghayatan berpuasa
hurmmm..muhasabah..muhasabah,,
Posted by Picasa

sahabat

Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.
(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.
(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.
(4) Menutup segala kea’ibannya.
(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.
(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.
(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.
(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.
(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.
(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.
(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.
(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.
(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.
(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.
(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.
(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.
(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.
(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.
(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.
(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.
(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.
(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.
(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.
PILIH SAHABAT
Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:
(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.
(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.
(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.
(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.
(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

KATEGORI SAHABAT
Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:
(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.
(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.
(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan
kita perlu menjauhinya

Friday, 1 July 2011

Bila kita berada di bawah kita akan nampak perkara dekat atas..So kdg2 aku nilai gak sifat2 manusia nie..Tp juz nilai2 cam tu ja laa.. No research or fact prove that..hehe..Ada setengahnya aku pamirkan sendiri sifat aku..aku hanya nilai dalam diam..(muhasabah)

Ada manusia bila jatuh atau sedih kita cari Dia..Alhamdullillah,that kind of person still refer to Him rather than anything else right..Ada kala kita betul-betul muhasabah and nak sgt dekat dengan Dia..Kita mula dirikan ibadat-ibadat sunat..Tp bila Dia pimpim kita bangun dan kesat air mata kita ,kita dah rasa selamat!Kita hanyut dengan keindahan duniawi..Kita mula bergosip,mula termasuk dlm golongan yang melalaikan dalam solat..Tp ingat Dia sentiasa setia dengan kita..We are not fair to ourself and Him..!!

Cuai dlm solat??cam na tu??solat bkn pada waktu nya adalah saalh stu drpd cuai dlm solat..Bila ada urusan dunia yg sibuk secara x langsung solat akan ditangguh (atau pun x buat terus)..Contohnya,keluar shopping  pkul 12 tgh hari,selesai shopping and jalan2 petang pkul 6.30..Secara x langsung 3 solat fardu sekali dikumpul untuk qhado..!!wah..!wah..!!Mencipta hukum sendri nmpak..Ingat..!! Islam x pernah menghalalkan cara..Macam tu baik xyah ada waktu2 solat..Baik solat 5 waktu dalam satu masa..
Ada manusia perasan bagus..Kalau bercakap bab agama,thumz up..!!Tp tak plak amalkan dengan anggota..Hurmm..Bagus jugak manusia macam tu,at least gerangan yang mendengar akan rasa muhasabah dan ingat Dia..Ya lah,amal makruf nahi mungkar kan hukumnya wajib..Ada pula,bila beri nasihat berunsurkan agama dikutuknya tunjuk  alim-alimah pula..Apakah??Salahkah??Tidak kah macam manusia yang menyerlahkan ketololan diri sendri??

Ada manusia pula perasan matang..Bila dikatakan umur menjadi jurang `maturity` ..!Tp matangkah kalau diri cepat sajaa melatah dan keluarkan kata-kata yang tak elok??Matang kah kalau diri bersikap tak terbuka kepada sesuatu perkara??Mudah saja mengutuk org..Hurm,mungkin pendapat setiap org tentang matang lain-lain..Tp pada aku kalau umur dan kepandaian dalam melakukan kerja-kerja surirumah  saja tak cukup melambangkan kematangan..

Manusia selalu sahaja buat salah,tp kenapa sesetengat pihak suka sangat memboikot manusia yang salahnya tak sebesar mana pon..Owh!!lupa..Org yang memboikot dapat backup baikk punya..Ada geng laa kan  Yang diboikot berdiri atas kaki sendiri..Kesiann aku tengok..Org yang duk di bawah selalu nya terpaksa memendam rasa and x boleh nak tnjuk perasaan marah atau perasaan yang mcm x puas hati....Nnti org boikot lg teruk..Aku nak tolong pon aku berpijak atas kaki sendiri..Tp bila manusia itu mula diterima semula ,dia mula bongkak!!..Seolah-olah dia tak pernah berada dalam situasi dipinggir keadaan..Ingat lah wahai manusia,Allahswt  Maha Adil..Mungkin Dia x tunjuk sekarang..Anda sedang diuji dengan zone selesa anda..

Menetap selama 2 tahun setengah dengan kaum2 hawa yang dikatakan racun juga penawar ajar aku erti kehidupan..Yalah,nak didik anak perempuan pun susah bebenor dari kambing sekandang..kdg2 kita hanya meluahkan sedikit perasaan tapi kepahaman si pendengar lain..Dan mula lah fenomena fitnah sambil diikuti pulau-memulau,,huhu..Tp Tidak untuk kaum2 hawa yang berfikiran terbuka diiringi dengan ilmu agama..Mereka banyak berfikir dari berkata2..(do more and talk less).:))..Anyway anyhow, they still a human which need to improve and do wrong also..So do i..

"Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

Ada manusia suka menunjuk pula..Amalan sedikit saja,tp post kat blog,tagged,facebook lebih-lebih..Alhamdullillah kalau niat ingin kongsi bersama..Tp apakah maksudnya kalau ianya menjadi riak secara sembunyi dalam hati yang kita sendiri tak tahu??Aku bagi contoh simple jaa,macam aku duk post kat blog niat aku nak berubah??Memang jauh di lubuk hati aku nak berubah,tp perlukah aku post kat sini..??or “bukumuka” aku??..Aku sendiri benggung  dengan sikap aku..Kita manusia kadang-kadang we don`t judge ourself..

Aku bagi contoh satu lagi,niat untuk bangkit tahajud actually nak gayut ngn Dia..Luah perasaan laa kan..Tp suddenly,kwn lain pon terjaga..Disebalik keikhlasan tiba terbitnya perasaan yang tersembunyi keriakkan sebab dapat bergayut..Astagfirullahhalazim..Aku cepat2 istigfar..



Saturday, 25 June 2011

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip 
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucoba menhulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kautsar

Sesungguhnya walau kukutip 
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmad-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu

Sunday, 19 June 2011

kata2 amek..!


SYUE...d sudut positif,Allah dh bagi syue rasa pe yg org kapel 2 rsa..xbest pn kn..dan alhamdulillah,syue sedar,dan Allah bg jalan spya syue xkapel lg..
ingat,syue..jdoh 2 smua Allah dah tulis dh pn..syue jgn risau.syue prlu doa spy Allah kurniakn yg tbaik utk syue..Allah kn maha mndengar
plihan Allah adlh plihan yg tbaik utk kita..syue..
syue tau x mira pn xsangka syue bljr pe yg syue bljr skrg.mgkin org lain pn xsangka..tp mesti de hkmah dan sbb Allah anta syue kt sana..mgkin ada sesuatu yg syue akn dpt..yg lbh baik lg..
syue sdg diuji Allah..itu maksudnya,Allah pandang dan lihat Syue..dan sygkn syue..
2:27pm
so,syue jgn susah hati tau..ingat!Allah sntiasa bsama org yg beriman..pbetulkn amal ibadat kita spy Allah btambah syg..xperlu ibadat yg bnyk,sekadar yg sdrhana,tp bertrusan n istiqamah..ok(psanan utk dri sndri gak);-)

Friday, 17 June 2011

Life

Salam..
Entry aku kli nie juz nak cita ttg motivasi yg telah tutor aku gave before she ends our klas for today.
She said,dalam hidup nie bantu laa org n kwn2 sekeliling sebanyak yg mungkin..Ingat,Allah akan balas balik dengan kebaikan berlipat kali ganda..;))She never dream to be a motivator or a lecturer because dia seorang yg pendiam..hehe..lawak laa plak bila dia cakap macam tu..

Anyway dia dah berjaya dalam hidup dia..For me,she is very good nurse before from what she been told us,now as a motivator instead of lecturer..Wow..!!;)..Tp tu lah,dia cakap bukan senang life nie..Kena harungi pelbagai dugaan..Ya lah,mana best pentas lakonan tanpa konflik..hehe..Be strong!!Allah always with u..!Manusia nie klu semua baik,tak da lah Allah nak jadikan nerakan kan..Puan tell us,even kita buat baik banyak2,tp kita kena berhati2..Especially to those who we really trust..huhu..Tkot nyaa aku dgr statement tu..Macam dalam tv or reality life,org akan step our back bila kita sangat2 baik,right..?Untuk kepentingan diri sendiri la for sure…Puan pesan jugak,kita nak berjaya dun show off sangat..Berjaya biar slow2 n sembunyi..Ada ja manusia x puas hati..Biasa la tu..Lumrah kehidupan..Yang baik,baik laah..Yang x baik,kita bkn tahu pon kan..

Apa yg puan sampaikan sangat buat aku takot..Yalah,aku bila dah sayang kat seseorang tu,i`v really trust her..and I care for her..Thats what best friend do right..Dari dulu since aku sekolah rendah lagi aku memang macam tu..Cuma nya,aku x pandai nak memperlihatkan sayang aku tu..Macam tu gak kat kolej nie..huhu..Even aku patotnya letak sedikit perasaan was-was dalam diri aku.tp bila dah care sgt perasaan was-was tu hilang..rambut sama2 hitam,tp hati lain2..Kdg2 depan kita muka manis,dah belakang wallahhualam..Sakit kan bila kawan baik sendri betray us..??Sanggup dia buat macam tu..Mungkin aku x cukup ‘uhibbukifillah’..So Allah nak suruh aku kembali kat Dia and beri peringatan hanya Allahswt cinta kekal abadi..

Perjalanan hidup aku still panjang..Macam2 perkara bakal aku tempuh..Juz thing is,aku kena banyak2 berdoa aku x lemah yang buat aku sesat dari jalan Allah..huhu..Tambah2 keja nurse nie banyak stress,sbb handle dgn kawan2 yg macam2 ragam,masyarakat,org2 atasan laa..Puan cita,kawan2 dia bnyak kena kanser..Yalah,bila da stress sel kanser dalam badan seseorng mula nak active oleh hormone stress dalam badan kita..As we know,semua manusia ada sel kanser,cuma active atau x ja kan..Disebabkan Puan banyak toleransi dengan kawan2 dia,Puan banyak kali laa kena attack dengan asthma n masok wad..Aku tkot sangat suatu hari aku x boleh nak handle masalah2 nie dengan betol..Jadi berusaha laa minta tolong Allahswt and sentiasa ingat dekat Allah even susah or senang,sbb Allah xkan lupa kita..’))..
Insyaallah..

Wednesday, 15 June 2011

;(

;(Tu laa..akibat jadi pencinta dunia yg x pasti!!..Sekarang dah berperang ngn jiwa sndiri..
SAKIT...
Amik nie sbg ikhtibar...Dunia belum pasti akan cnta kita..tp klu kita cnta Allah swt,semestinya Dia akan cinta kita balik dunia n akhirat....:'(