Sunday, 14 August 2011

wanita..

9 nafsu wanita..
bley jadi racun,bley jadi penawar..
mudah memaafkan,tp sukar melupakan...
mudah melenting,tp lembut hati..
kuat merajuk,sbb mnja..haha..
yg penting tinggi dgn kasih syg....
sbb tu la 1 nafsu laki vs 9 nafsu wanita pon kdg2 kalah jgak...



Lumrah seorang wanita suka melenting atau melatah,because they full of emotion..But sometimes people dont understand..Kenapa aku bangkitkan isu ni??Actually aku risau dengan status aku sebagai wanita..Aku merasakan peribadi aku sebagai wanita sangat teruk..

And sekarang aku tak la rasa teruk sangat sikap aku nie,the things is aku bersyukur sebab aku cuba untuk berbalik kepada akhlak seorang muslimah yang dah Islam anjurkan..Tapi biasalah sebagai manusia yang kerdil selalu saja tersasar..

Hurmm...isteri rasullulah sendiri, Hafsah dan Zainab binti Jahsyi pernah mengherdik dan menghina isteri rasulullah dari keturunan Yahudi,Safiyyah binti Huyyan..Melalui pembacaan aku,Hafsah binti Umar pernah bercerai atas kesilapan Hafsah menceritakan kepada Aisyah tentang rasulullah..Dan dirujuk kembali oleh rasulullah setelah Hafsah bertaubat..Hafsah juga mendapat amanat untuk menyimpan naskah Al-Quran yang asli..

Kat sini aku bukan nak highlight keburukan Hafsah atau Zainab,tetapi isteri rasullulah sendiri tersasar kadang-kadang,dan mujurlah kekasih Allahswt itu dapat membimbing isteri-isterinya dengan baik..

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas.Jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya,jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok.Oleh itu,terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik" -Hadis riwayat Bukhari

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allahswt,kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allahswt.







No comments:

Post a Comment