Sunday, 21 August 2011

kesefahaman..


Baru-baru nie senior aku ada la suggest kat aku sorng laki..Aduh!!..ayat melawak aku dia amik serius plak..so,aku layankan jaa laaa..xnak laa nmpak kerek sgt kan..Lepas senior aku story kat aku about that guy..aku pegi solat zhur then baca love letter..

Senior aku pulak baca yasin sebelah aku..She`s cried..!Lepas aku settle baca love letter aku Tanya la,  knpa suddenly she cried..Hurm..!Dia teringat balik cerita puppy love between her and ex-him nyaa..Lama dia cerita psal hal dia..Yee,we are in the same boat..!!hehe..so I understand..

Then,my turn pulak buka mulut..aku ckp kat senior aku mukadimah apa yg dia nak dgr dari mulut aku mungkin agak kerek untuk sesetengah org,but not people like me..

Aku bg taw dia yg mungkin ex senior aku tu bukan jodoh dia..hehe..(ayat common)..so aku cita pasal percintaan Saidina Ali dan Fatimah..Berbekalkan mas kawin hanya baju besi and hidup sebatang kara ja Saidina Ali bersama Fatimah tu..Boleh pulak pasangan itu hidup bahagia..Kenapa??????????
Saidina Ali bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak tercinta..Kadang2 hanya keringat peluh sahaja Saidina Ali bawa pulang..Ada Fatimah bising2..???Ada Fatimah merungut..???Kita kalau dah penat mula nak naik marah,tapi ada Saidina Ali marah2?????Ada sekali itu rasulullah menangis melihat kesusahan Fatimah di balik pintu..Hurmm,x pula Fatimah merungut kat kekasih Allah,rasulullah itu untuk melimpahkan rezeki yg murah…

Dulu aku pernah kata,duit sangat2 diperlukan dalam kehidupan walaupun aku tahu hakikatnya duit x boleh beli kebahagian..tp cer pikir balik,bila duit atau ekonomi x stabil semua akan menjadi punca keretakan rumah tangga atau sesuatu hubungan…..Tetapi kenapa hubungan Saidina Ali dengan Fatimah bahagia even ekonomi mereka sabgat2 x stabil???...Kenapa perlu diperkatakan arus peredaran zaman tidak realistic untuk kaitan dengan hubungan pasangan bahagia itu??we are talking about economic problems…hehe..sma jaaa..Cuma bezanya zaman tu menunggang unta and sekarang boleh nek bas..

Actually yg menjadi asas kekukuhan dalam perhubungan adalah ilmu keagamaan,Islam  yang membentuk akidah itu sendiri…Ya,pasangan bahagia di atas bahagia kerana keduanya berusaha mencari keredaan-Nya..carilah pasangan yang sentiasa berusaha mencari keredaanya..Nescaya bahagia lah kita mcm pasangan Saidina Ali dan Fatimah…jom..!!Jadi x la berlaku kes curang,bosan,x memahami  dan sebagainya…
Jadi aku menasihati  senior aku dan diri sendri,untuk mencari pasangan carilah pasangan yg sama2 mencari keredaan-Nya…dan Allah telah berjanji dalam Al-Quran surah An-Nur ayat 26..laki2 yg baik untuk pmpn yg baik and begitulah sebaliknya…

Aku x pandai pon bab rumah tangga atau sebagainya,tp aku jus nak kongsi apa yg aku dapat setelah aku baca kisah Saidina Ali dan Fatimah..

Sunday, 14 August 2011

wanita..

9 nafsu wanita..
bley jadi racun,bley jadi penawar..
mudah memaafkan,tp sukar melupakan...
mudah melenting,tp lembut hati..
kuat merajuk,sbb mnja..haha..
yg penting tinggi dgn kasih syg....
sbb tu la 1 nafsu laki vs 9 nafsu wanita pon kdg2 kalah jgak...



Lumrah seorang wanita suka melenting atau melatah,because they full of emotion..But sometimes people dont understand..Kenapa aku bangkitkan isu ni??Actually aku risau dengan status aku sebagai wanita..Aku merasakan peribadi aku sebagai wanita sangat teruk..

And sekarang aku tak la rasa teruk sangat sikap aku nie,the things is aku bersyukur sebab aku cuba untuk berbalik kepada akhlak seorang muslimah yang dah Islam anjurkan..Tapi biasalah sebagai manusia yang kerdil selalu saja tersasar..

Hurmm...isteri rasullulah sendiri, Hafsah dan Zainab binti Jahsyi pernah mengherdik dan menghina isteri rasulullah dari keturunan Yahudi,Safiyyah binti Huyyan..Melalui pembacaan aku,Hafsah binti Umar pernah bercerai atas kesilapan Hafsah menceritakan kepada Aisyah tentang rasulullah..Dan dirujuk kembali oleh rasulullah setelah Hafsah bertaubat..Hafsah juga mendapat amanat untuk menyimpan naskah Al-Quran yang asli..

Kat sini aku bukan nak highlight keburukan Hafsah atau Zainab,tetapi isteri rasullulah sendiri tersasar kadang-kadang,dan mujurlah kekasih Allahswt itu dapat membimbing isteri-isterinya dengan baik..

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".

"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas.Jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya,jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok.Oleh itu,terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik" -Hadis riwayat Bukhari

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.Untuk diluruskan oleh lelaki.Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allahswt,kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allahswt.







Wednesday, 10 August 2011

Disaster

Hari ni first day aku belajar subjek baru..Trauma..best!Lecturer  bincang la kes-kes yang melibatkan kes kecemasan like bencana alam,Tsunami,earth quake and bla,bla,bla..


Then she ask “keadaan disaster yang macam mana yang akan melibatkan whole Malaysia..?”

Student jawab la banjir..hahha,banjir mana melibatkan satu Malaysia pon kan kalau banjir..Nuclear??Malaysia mana ada nuclear pon,even terdengar perancangan pembinaan nuclear di Pahang…Adoiii..!!

Jawapnya adalah ‘perang’..Hurmm..scared..!Things will be happened jugak nanti..Cumanya tak tahu bila..



Lecterur Tanya lagi, “apa yang akan kena block bila peperangan mula dilancarkan..?”
Student jawab jalanraya,pusat-pusat tentera,hospital….Hehe..Semua jawapan salah..
The answer is telecommunication…So,all things that is involved in communication  will be cut off..Perhubungan antara satu media ke satu media tak dapat dihubungi dan perancangan seterusnya tak dapat dijalankan secara bekerjasama.Then second things that will be block is electricity..We will be in the dark,so we cannot proceed our routine life…Darurat..!!

Tahu tak kenapa Singapore and China jalanrayanya  tidak mempunyai hiasan bunga-bunga macam di Malaysia??Pejalan kaki tak boleh nak lintas jalan taw…Jalanrayanya sangat luas..Untuk oneway saja ada 4 lane..jadi untuk menuju opposite site jugak should have 4 lane jgak la kan…Total 8 lane
Hah itu lah strategi perang..Sekiranya perang berlaku jalanraya akan ditutup just for their plane..

Jalanraya di Singapore..!

Bayangkan flight Malaysia nak landing dekat mana kalau emergency….???
Bayangkan kaum-kaum wanita akan jadi 'comfort women'...Grrrr nak kaa??

Renungkan sedikit ayat nie..
"sudah merasa amankah kamu,bahawa Dia yg di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia terguncang??.."[al-Mulk:16]

Friday, 5 August 2011





















Alhamdulillah dah habis final sem 5..then suddenly remind me of this bouque..hehe..sweet..but actually i really don`t deserved this flower..kan best if hati aku seindah mcm bunga tu..aku macam nak lari dari dunia nyata..heee...

Tadi,aku tak tahu apasal dengan aku..rasa panas satu badan (marah)..so aku banyak2 istigfar kat Allahswt..berjihat pada bulan yang mulia..hehe..semalam pon mcm tu jgak..but i choose to be silent..thats the best..Allahswt ada dekat sgt2 dengan aku,kenapa msti marah kan..syaitan x dak pon nak ganggu aku..its me myself..huhu..mybe because of hormonal changes..!!tp rasanya itu x menjadi alasan..marah tu boleh dikawal kan..

Actually banyak benda nak cita nak semadikan dalam blog nie,but malas..haha..
Nak jugak aku cita macam mana conversation aku dengan penganut agamaa Kristian setelah baca buku Ahmad Deedat 'The Choice'..So,klu nak baca buku 'The Choice' ni kena tahu isi kandungan bibble dulu..baru bley faham apa yg Ahmad Deedat nak sampaikan..Nanti lah entry sekali lagi aku isi..
And plus nak jugak aku kongsi pengalaman aku bg tazkirah ringkas pada kawan-kawan aku,bukan nak bangga or what..tp dulu aku pernah la merungut (my bad) tempat nak kongsi xdak apa yang aku tahu..tp dengan izin Allahswt,Dia bagi aku chance kongsi..adoii sweettt nyaaa..

Aku berjaya jugak tarik kawan aku yg sorang nie bangun ke jalan Allahswt..aku buat sikit ja tp Allahswt yang actually sedarkan dia..the things is,aku harap sangat-sangat dia beristiqomah apa yang dia nak capai sekarang..so,do i..hehe..

Hari ni jugak aku mcm seolah-oleh kena penampaq dengan lecturer,mna tak nya aku sebagai ketua rumah sepatutnya ambil tahu pasal kawan aku nie yang balik rumah tanpa kebenaran kolej..so aku tak jalankan sebagai ketua yang baik..sedih!!..aku tak reti nak layan kawan-kawan macam budakbudak,semua dah dewasa..they should know yang mana baik and yang mana salah..

Then aku terfikir,macam mana nak jadi seorang ibu yang berjaya kalau sekarang aku diberi peluang menjadi pemmimpin pon tak bley pakai..adoii..!! Bukan la aku gedix sangat nak kawin,sebab aku baru ja dengar Wardina Safiyah bagi talk macam mana nak didik anak-anak dalam penghayatan berpuasa
hurmmm..muhasabah..muhasabah,,
Posted by Picasa

sahabat

Adab orang yang bersahabat itu ada banyak perkaranya, tetapi disebutkan oleh Imam Al-Ghazali didalam kitabnya “Bidayatul-Hidayah” hanyalah dua puluh tiga perkara sahaja yaitu:

(1) Melebihkan sahabatnya atas dirinya dari segi material.Jangan terlalu bakhil.
(2) Membantu sahabatnya dari segi keperluannnya dengan bersegera tanpa ia meminta tolong.
(3) Menyembunyikan segala rahsia-rahsia sahabatnya.
(4) Menutup segala kea’ibannya.
(5) Apabila ia mendengar seseorang mencela sahabatnya, dia tidak menyampaikan perkataan itu kepada sahabatnya.
(6) Apabila seseorang menceritakan keburukan sahabatnya, janganlah ia mendengarnya.
(7) Apabila mendengar seseorang memuji sahabatnya atau sesuatu yang menyukakannya, hendaklaklah ia menyampaikan khabar itu kepadanya.
(8) Apabila sahabatnya berucap, hendaklah ia bersungguh-sungguh mendengar ucapannya.
(9) Meninggalkan berbantah-bantah dengan sahabatnya.
(10) Memanggil sahabatnya dengan nama yang ia sukai, bukan gelaran yang buruk.
(11) Apabila melihat sahabatnya berbuat kebajikan, hendaklah ia bersyukur atas perbuatannya.
(12) Menegahkan seseorang daripada mencela sahabatnya sepertimana ia menegahkan seseorang mencela dirinya.
(13) Memberi nasihat kepada sahabatnya dengan perkataan yang lemah lembut,bukan dengan sindiran yang pedas dan tajam menikam hati.
(14) Memaafkan segala kesilapan sahabatnya, bukan memerli atau menempelaknya.
(15) Mendoa’kan sahabatnya didalam solatnya semasa hidupnya dan selepas matinya.
(16) Membuat kebaikan dengan ahli keluarga sahabatnya kemudian dari matinya.
(17) Jangan membebani sahabatnya dengan permasalahannya supaya senang hatinya.
(18) Menzahirkan kegembiraan dengan sebab nikmat yang didapati oleh sahabatnya.
(19) Menzahirkan kedukaan dengan sebab kesusahan yang menimpa sahabatnya.
(20) Hendaklah ia memulai salam ketika bertemu dengan sahabatnya.
(21) Apabila datang sahabatnya ke suatu majlis, hendaklah ia membuka ruang duduk untuk sahabatnya dan jika tiada ruang untuknya, hendaklah ia berpindah ketempat lain bagi memberi ruang untuk sahabatnya.
(22) Apabila sahabatnya mahu pulang ketempatnya, hendaklaklah menurutinya hingga kemuka pintu rumah atau pagar untuk memuliakannya.
(23) Apabila berkata-kata sahabatnya, hendaklah ia diam seraya mendengar segala perkataannya sehinggalah selesai.Kemudian barulah ia memulakan pula perkataannya.Dan jangan sekali-kali ia mencelah perkataan sahabatnya.
PILIH SAHABAT
Apabila kita mahu memilih sahabat untuk menemani kita dalam menuntut ilmu atau untuk pekerjaan agama dan dunia atau teman bermusafir, hendaklah kita memelihara dan memilih ciri-ciri seperti berikut:
(1) Orang yang sempurna akalnya.Maka tiada faedahnya kita bersahabat dengan orang yang kurang akalnya kerana pada akhirnya membawa kepada perkelahian dan menyakiti hati.Musuh yang berakal terlebih baik dari taulan yang bodoh.
(2) Orang yang baik akhlak kelakuan dan budi perangainya.Maka janganlah bersahabat dengan orang yang buruk akhlak perangainya iaitulah orang yang tidak dapat mengawal marah dan nafsu mazmumahnya.
(3) Orang yang soleh. Maka jauhkan bersahabat dengan orang fasiq yang sentiasa melakukan dosa kerana kita takkan terlepas dari kejahatannya.
(4) Orang yang tidak cintakan dunia. Kerana bersahabat dengan orang yang sangat cintakan dunia (materialistik) itu seperti racun yang membunuh diri kita.
(5) Orang yang siddiq (benar) pada segala perkataan dan perbuatannya.Bukan cakap tak serupa cakap kerana berdusta itu antara ciri-ciri orang munafiq.

KATEGORI SAHABAT
Ketahuilah bahawasanya sahabat itu tiga kategori:
(1) Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannya setiap waktu.
(2) Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.
(3) Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan
kita perlu menjauhinya