Tuesday, 26 June 2012

H.A.T.I

Alhamdulilllah..!alhamdulillah...!sampai Penang dlm keadaan selamat..scary the movie gak duk kL sorang2 without any partner...ehehee...Xpa..Xpa..Allah swt ada..sweet kan..!kebergantunggan kepada Allah kita letak sepenuhnya padaNya...=)

Sesampai jaa aku kat rumah,hah apa lagi buka laa MukaBuku kan..even tak ada benda pon nak tengok..hehe..Tapi kan aku tengok ramai sangat status-status di MukaBuku yg menunjukkan kekacauan jiwa terhadap si penulis....Cewaaahh..!!Ada jugak yg berunsurkan Islamic..Alhamdullillah..

Kat cnie nak cakap..erkkkkk..ok kaa duk tayang status yg melambangkan hati seseorang itu..??Kita beriman dengan hati,mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota...kan..??salah inform ek..

Jadi apa-apa yg diimani akan terzahir dari kata-katanya dan juga perbuatannya..Kita tengok bagai mana org2 beriman kelakuanya...sangat2 aku kagum..Situasinya berbeza..!
Suatu hari kitab seorang imam telah dicuri,tapi apa yg imam dikata adalah "seandainya orang yang ambil kitab ini akan mendatangkan kebaikan kepadanya dan mendekatkan dirinya pada-Mu Ya,Allah..aku reha...tapi sekiranya mendatangkan keburukan,aku berdoa Ya Allah,ini adalah kali terakhir dia mengambil"....
Agak-agak orang yang tak beriman akan kata macam mana??...hurmmm..pikir laa sendiri..malass aku nak taipp.. =.=
Kalau kita tengok balik,kadang-kadang bila seseorang tu bercakap kita rasa dekat ja hubungan kita dengan Allah kan..kita rasa sejukk jaa..cerr tanya apa tipss dia..??ehee..Mungkin hubungan dia dengan Allah sgt baik..insyaAllah..HAti dia bersih..!Jadi nak katakan di sini statement 'mulut jaa bising,tapi hati baik'..Tak berapa boleh pakai laa kan..tu pendapat aku sendiri..


Orang duk pesan tajdid niat..!tajdid niat..!!niat datang dari mana..???hati kan...??tak kan datang dari perut kot...kalau kata dari otak,niat itu telah menjadi teori atau ilmu..kalau akal pon sama laa konsepnya..(...macam berat sangat pulak pengisian aku....)..Humm..ada ja ustaz atau ustazah yang berilmu tentang agama Islam,tapi kadang-kadang tak berkelakuan macam seorang Muslim pon..ada ilmu,tapi pada otak bukan hati..clear x??
Tapi kan tekankan kat sini hati dan akal bergerak seiring yeee...bukan asing-asing..


Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (perilaku) kejahatan dan ketakwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya, dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.” [ asy-Syams: 7-10]


Hati nie kadang ibaratnya macam kita perah limau,hati yang bersih bila kita perah limau semakin bersih ,sebab kita taw pH limau asid kan...Tapi berbeza plak dengan hati yang sakit,bila kita perah limau bertambah-tambah laa sakit tu..faham x??Hati yg bersih bila kita teguq sikit,hatinya mudah menerima...tapi hati yg sakit bila kita teguq mula dia nak melenting kan...Adohaii...aku pon  cuba muhasabah laa dgn diri aku..duk tonyoh gak laa dengan clorox..(erkk...blog ini tidak ditaja mana2 pihak..)


 Seperti kata Rasulullahswt...
 "Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
 Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik
maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati".
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim



wallahualam..~ ^___^

2 comments: